Pusat Pengajian Islam

Sebuah institusi pengajian Islam (pondok) yang menekankan aspek pembangunan rohani, kebijakan aql', beriman dan kasih kepada Allah SWT. Inshaallah, akan diadakan kelas pengajian untuk anak-anak yatim dan miskin secara percuma.

Sabtu, 20 Oktober 2012

PARA DERMAWAN BUDIMAN

- Kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada pelajar miskin. Mereka diambil belajar walaupun tidak   berkemampuan membayar yuran pengajian, tetapi diatas dasar kesedaran dan ehsan dari pihak pengurusan MTAQUQ.

- MTAQUQ juga mengambil anak-anak yatim disekitar daerah sebagai anak angkat.

- Kami ingin memohon sumbangan Ybhg Tan Sri,Puan Sri,Dato,Datin,Tuan,Puan sama ada merupakan zakat,fidyah,derma,dan sedekah bagi tujuan menyiapkan kompleks Tahfiz yang masih belum siap 40% yang dianggarkan menelan perbelanjaan sebanyak 2 juta ringgit untuk disiapkan(anda boleh melihat gambar yang kami sediakan di bahagian ARKIB BLOG). (Bangunan asrama yang digunakan sekarang adalah bangunan sementara yang telah uzur.)

- Pihak MTAQUQ juga mempelawa dam membuka peluang kepada mana-mana individu atau syarikat yang bermurah hati untuk menyiapkan bangunan surau yang dianggarkan memerlukan RM250,000.00 lagi untuk disiapkan.

- Kami juga menerima sumbangan dalam bentuk wang & bahan makanan bagi memenuhi perbelanjaan bulanan pelajar yang berjumlah RM10,000.00

- Melalui usaha mencari derma inilah MTAQUQ telah dapat terus bertahan sehingga 13 tahun.

- Sumbangan derma melalui cek dibuat atas nama MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN UMMUL QURA

- Kami juga berbesar hati andai ada mana-mana individu atau syarikat yang sudi mengambil sekolah kami sebagai anak angkat dengan memberi zakat tahunan dan sebagainya.

KAMI NENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS BANTUAN YANG ANDA BERIKAN. MUDAH-MUDAHAN DIBERIKAN GANJARAN DIDUNIA SETERUSNYA DI AKHIRAT.
AMIN YA ROBAL ALAMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan